Nuffnang Ads

Khamis, 17 Mac 2011

Teksi tengah malam

  Malam ni agak sejuk, lelapkan mata best gak ni. aku pun rebahkan kerusi. Agak sedap badan nak landing..hehe.. baru je nak lelapkan mata.. tok tok tok.. pintu teksi aku di ketuk orang.. terkejut gak. mana taknye, kuat betul die ketuk.. Aku pun jenguk ke tingkap. Rupanye Man, member seangkatan cari rezeki..
"Kenape Man?' aku tengok die ni semacam je.. "Nas, kau boleh tak hantar makcik tu ke Gemencheh?" Sambil Man menuding jari ke arah makcik tu.. Aku pun tengok kearah yang dituding Man tu.. "Mane Man?" takde pun.."Man, kau boleh tak jgn main2 ngan aku tengah2 malam ni." sambil aku jeling Man.. "aku ke kau yang main2 ni?" Man tanye aku balik.. "cube ko pakai cermin mate kau tu" kata man. A'ah.. aku lupe aku rabun.. patut la x nampak..hehe..

  "Nape Man? Asal kau tak nak hantar?" sambil aku lap cermin mate aku ngan tisu.. "Aku kene balik ke kampung aku la Nas, nenek aku tengah nazak" kata Nas dengan nada yang sayu.. "Yeke.. ok la man. kau nak gerak sekarang ke?" tanye aku sambil masuk semula ke dalam teksi. "a'ah Nas" kata man sambil bersalam dan berlalu pergi. "hati-hati Man"..

  Aku pun tegakkan kerusi kereta dan mula hidupkan enjin teksi.. "Teksi baru, enjin pun sodap bunyik eh..hehe.."tersenyum aku sendiri.. aku pun pandu la teksi kearah makcik yang Man minta tolong hantarkan tadi.. Sampai je kat makcik tu, aku pun mengajak makcik tu masuk teksi.. Dari paras rupa makcik tu aku agak umur makcik ni dalam 68, 69 lebih kurang gitu le.. makcik tu datang ke pintu teksi, tersenyum makcik tu.. Die belek2 pintu teksi aku, aku pun heran, pe yang makcik tu buat.. "camno nak bukak pintu keto ni jang? susah bonar nak bukak eh.." kata makcik tu kat aku.. hehe.. aku tersengih.. lalu aku tolong bukakkan pintu makcik tu.. "minta maaf yo makcik" rasa serba salah ngan orang tua. " tak po jang, tangan makcik ni ha dah tak kuat.."..

  "Makcik nak balik mana?" tanye aku, padahal dah tahu dah, saja nak buat ayat mukadimah berborak..hehe..
"Makcik nak balik Gomoncheh" jawab makcik sambil tersenyum.. dari tadi aku tengok makcik tu tersenyum je.. banyak pahala dia dapat.. "Makcik dari mana ni?", "makcik dari hospital, tomankan suami makcik.. dio jatuh moto.."jelas makcik tu.. "Dah duo hari makcik kek situ"..  "die jatuh kat mana? Bile?" aku tanye kat makcik tu.. cam polis lak.. cita2 aku dulu tu, tapi tak dapat, tak cukup syarat.. ketot..hehehe.. "Dokek ngan kilang papan" jawab makcik tu.. "kilang papan mana ni makcik? ada dua kilang papan kalau jalan balik dari Tampin ke Gemencheh.." aku bertanye lagi.. "dopan tu kan ado jalan cam ular kono palu 2 kan, yang dokek lereng bukit tu.. dopan cikit ado kilang pocah batu.. sobolom kilang pocah batu tu kan ado kilang papan kek situ.."jelas makcik tu lagi..

  Borak punya borak dah sampai rumah makcik ni. aku tolong makcik tu bukak pintu. Kesian aku tengok orang tua ni.. Jalan malam sorang diri, teringat kat mak aku.. nasib baik rumah mak dekat dengan rumah aku..
"Anak makcik mane?" tanye aku.. "Anak makcik sumo dah takdo, diorang meninggal dunio eksiden semasa ikut rombongan kampung ko Terengganu" jawab makcik tu dengan nada sayu.. " saya minta maaf makcik, saya tak tahu.." serba salah aku tanye soalan tadi.. "takpo jang.. bapo tambang ni?". "RM5 je makcik" jawab aku..
"nah, timo kasih yo nak"sambil makcik tu menghulurkan 5 not RM1. "sama2 makcik".. makcik tu pun terus balik ke rumahnye yang  tak berapa jauh dari jalan..

  Aku pun nak balik rumah.. Alhamdulillah.. ade rezeki aku malam ni, walaupun RM5 janji rezeki halal.
Aku pun mulakan perjalanan balik kerumah. "bosan lak, bukak radio era hanya memainkan muzik hit terkini" try ajuk cam juruhebah radio..hehe.. ne tau de bakat.. malam ni hujan renyai2, jangan la lebat.. aku dah la tak berapa nak nampak malam ni lagi2 hujan lebat..

  Tengah syok dok layan lagu Maher Zain Insyaallah, tiba-tiba aku perasan ade bayangan putih kat depan.. dah biasa dengar trademark orang cerita hantu, mesti ade bayang putih kat depan, bile dekat takde muka la, takde kepala la.. masa ni aku dah mula naik bulu roma teringat cerita yang member aku ceritakan.. aku cuba tenangkan hati, aku cuba fikirkan benda lain yang boleh menghilangkan rasa takut. aku cuba tumpukan perhatian pada pemanduan aku. aku terus pandu macam biasa sampai la dekat bayangan putih tadi dan terus meninggalkan bayang putih tu.. perrrgggghhh.. rasa nak terkencing pun ade, mengigil kepala lutut.. sikit pun aku tak pandang benda putih tu.. ni la pertama kali aku nampak, selama ni dengar orang cerita je..

  Aku buat2 berani nak tengok kat cermin sisi, kot2 de lagi benda putih kat tempat tadi.. dah takde, risau gak buatnye benda tu mengekor dari belakang.. jantung aku masih lagi bedegup laju.. tak tau la bape laju darah aku dipam.. peluh menitik gak la.. seram tuu.. aku pun tengok kedepan balik.. terkedu aku.. benda putih tadi rupanya dah ada didepan mata aku.. mata aku tak berkelip, aku rasa jantung aku dah berhenti, kepala lutut longgar habis, nak tekan pedal minyak pun tak larat dah..

   Nak terkencing dah ni.. benda tu tenung je aku.. matanye merah menyala bulat besar terkeluar, rambutnya mengerbang, mukanya dah separuh reput, gelap2 kulitnya.. benda tu tersenyum lebar dengan taringnya yang panjang.. sambil kepalanya mengikut pergerakan wiper kereta.. masa tu aku rasa dah nak pitam.. nak baca ayat kursi pun mulut tak dapat nak bukak.. baca dalam hati pun tonggang langgang.. baru aku teringat yang aku ade simpan surah yassin dalam dashboard.. lantas aku ambil surah yassin lalu aku tekup ke cermin depan.. hanya sebutan Allahuakbar berulang2 kali aku laungkan....

  tit tit tit tit tit.... bunyi ape tu? kenapa gelap je ni? aku cuba membuka mata.. silaunya.. "Nas, kau dah jaga nak?".. "Nurse, anak saya dah sedar".. tu suara mak aku tu.. perlahan aku bukakan mata, mula2 kabur je, lama2 terang.. kelihatan mak aku sugul sambil melihat aku.. kenapa? "Takpe makcik biar saya panggilkan doktor untuk periksa keadaan anak makcik." berkata nurse tu pada mak aku. aku cuba bercakap tapi tak berdaya.. aku memanggil mak aku dengan gerak mulut.. mak sedar yang aku sedang memanggilnya.. lantas mak datang padaku.. "Ye Nas, kau nak ape nak? berkata mak aku sambil mengalirkan air matanya.

  Berita Tempatan, 17hb april 2010. Berlaku satu kemalangan yang menyebabkan sebuah teksi terjunam ke dalam gaung. Kemungkinan kejadian disebabkan kegagalan mengawal kenderaan. kejadian berlaku berlaku berhampiran dengan sebuah kilang papan......

hehehehehehehehe.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan